Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeVipz GenerationGallerySearchLatest imagesRegisterLog in
Welcome To our youth Generation Society ..... The Vipz II Generation Community .... Jika anda berminat untuk Order baju,sila klik 'Order Vipz Generation T-shirt' Terima Kasih .... 1Malaysia 1Club 1Generation ....
Similar topics

     

     Sudut informasi 6/7/2011

    Go down 
    3 posters
    AuthorMessage
    DaveSFC
    Moderator
    Moderator
    DaveSFC


    Male Age : 33
    Libra Posts : 225
    Points : 335
    Reputation : 40
    Location : KK**TAWAU**
    Tag ID : 09590

    Sudut informasi 6/7/2011  Empty
    PostSubject: Sudut informasi 6/7/2011    Sudut informasi 6/7/2011  I_icon_minitimeJuly 6th 2011, 4:45 pm

    Sudut informasi 6/7/2011  Pix_middle
    RAMPAS...anggota polis menunjukkan syabu yang dirampas daripada suspek.

    SHAH ALAM: Dua Mat Afrika dicekup ketika baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, selepas polis menemui 7.1 kilogram syabu bernilai RM1.8 juta dalam beg pakaian mereka yang dipercayai berupaya menampung keperluan 24,000 penagih dadah di negara ini.

    Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata kedua-dua suspek warga Nigeria berusia 34 dan 24 tahun itu diberkas dalam operasi berasingan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik KLIA pada 1 dan 3 Julai lalu selepas membawa beg pakaian dalam keadaan mencurigakan.


    “Tangkapan pertama pada jam 4.50 petang dan suspek berusia 34 tahun itu membawa beg berisi syabu seberat 4.1 kilogram.

    “Suspek kedua pula ditahan pada 3 Julai, jam 9.35 pagi yang membawa dadah jenis sama seberat tiga kilogram.


    “Suspek yang baru tiba dari Ethiopia memberi alasan masuk ke negara ini kerana mahu menghantar beg dibawa kepada rakan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.


    Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan dadah ialah RM1.8 juta.

    Menurutnya, kedua-dua suspek bekerja sebagai penjual pakaian di negara asal mereka dan pertama kali masuk ke Malaysia.


    “Kedua-dua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek direman hingga 9 dan 10 Julai ini,” katanya.



    Dalam perkembangan sama, katanya, sepanjang awal tahun ini hingga 17 Jun lalu, sebanyak 43 kes tangkapan dicatatkan membabitkan rampasan 151.1 kilogram dadah dan daripada jumlah itu, seramai 37 lelaki dan 11 wanita ditahan di KLIA.



















    Kelima terbaik di dunia

    PUTRAJAYA: “Selepas berpenat lelah dan menghadapi pelbagai tekanan, akhirnya kejayaan menjadi milik saya. Bukan mudah untuk saya mengekalkan kejuaraan ini,” kata pelajar Sekolah Cempaka, Edwin See Jun Hong, 16, yang memenangi tempat kelima dalam Pertandingan Matematik Sedunia yang berlangsung pada 3 hingga 5 Mac lalu.

    Pertandingan anjuran syarikat di Australia, 3P Learning Pty Ltd (3P Learning) itu dilaksanakan secara dalam talian dan ia mendapat kerjasama Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef).


    Edwin berkata, dia mendapat persaingan hebat terutama pelajar dari Pakistan, Australia dan Turki, bagaimanapun dia berjaya menempuhi cabaran diberikan.

    “Walaupun hanya mendapat tempat kelima, tetapi ia amat bermakna kerana saya menewaskan ribuan peserta dari luar negara. Saya amat gembira dengan kejayaan ini,” katanya ketika ditemui selepas menerima Piala Dunia dan pingat daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kementerian Pelajaran di sini, semalam. Pertandingan itu memerlukan peserta menjawab soalan matematik dengan pantas dan tepat dengan tempoh diberikan satu minit. Sebanyak 22,785 sekolah dari 212 negara menyertai pertandingan itu dan 20 pelajar dari Sekolah Cempaka terbabit pertandingan berkenaan.



















    Petunjuk dalam mimpi

    OHOR BAHRU: “Ayu meminta tolong untuk memohon maaf kepada rakan sekolah dan guru selain amanat supaya jasadnya yang masih ‘gentangyangan’ (terawang-awang) disempurnakan termasuk dimandi, dikafan dan dikebumikan dengan sempurna,” kata Qomarodin Bajuri, bapa remaja yang dipercayai dirogol, dibunuh, dicincang dan dibakar, Norrahayu, 16, pada 14 Jun lalu.

    Serpihan tulang, cermin mata, sebelah selipar dan gumpalan rambut serta sepit rambut Norrahayu yang juga dikenali sebagai Ayu, ditemui di dua lokasi berbeza iaitu kawasan perkuburan Hindu dan ladang sawit Sungai Tiram di sini, petang Ahad lalu.


    Qomarodin mendakwa Ayu menyampaikan amanatnya itu melalui mimpi selepas dia melakukan solat hajat kelmarin dan meminta petunjuk sambil reda dengan ujian menimpa dirinya sekeluarga.

    “Saya reda dengan ujian Allah dan tidak berprasangka buruk dengan kejadian menimpa anak saya itu selain menerima hakikat kemungkinan Ayu dipanggil pulang oleh-Nya kerana saya tidak menjalankan tugas sebagai ayah dengan baik.


    “Mungkin ‘mengambil’ Ayu lebih baik.


    “Allah lebih menyanyangi dirinya saya dan keluarga reda dengan apa yang berlaku dan ini ujian kepada kami sekeluarga.

    “Jadi saya dan keluarga terima ujian ini,” katanya.


    Menceritakan detik kejadian itu, katanya, dia menyedari Ayu membuat 10 panggilan kepadanya pada malam kejadian, namun terkilan apabila gagal menghubungi Ayu semula. “Saya amat risau dan bertanyakan kepada rakan dan kenalan jika terlihat Ayu dan kami sekeluarga mencarinya, namun hampa.


    “Teman lelaki yang menghantar Ayu ke rumah pada malam kejadian juga datang dan kami masing-masing membuat laporan polis,” katanya.


    Dia bertanyakan kepada pengawal keselamatan yang bertugas pada malam itu, iaitu suspek utama yang kini direman polis tetapi lelaki botak dan tinggi itu berkata, tiada apa yang berlaku.


    “Namun apabila melihat suspek berjalan tempang, saya curiga kerana dia tidak datang kerja selama dua hari selepas kejadian selain memberi alasan kakinya sakit kerana terjatuh motosikal.


    “Saya merujuk perkara berkenaan kepada polis dan mereka pergi ke lokasi, namun apabila melihat polis, lelaki berkenaan melompat ke dalam semak melarikan diri sebelum muncul semula selepas polis beredar,” katanya.



















    Buat dalam stadium

    KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bersetuju memilih mengadakan perhimpunan Sabtu ini di stadium selepas mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, semalam.

    Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga yang hadir bersama Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin dilihat berada di pekarangan istana seawal jam 1.30 tengah hari sebelum dibenarkan masuk kira-kira setengah jam kemudian.


    Beliau yang ditemui wartawan sebaik keluar dari istana jam 3.15 petang berkata, pihaknya bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium, bukan di jalanan seperti dirancang sebelum ini.

    Bagaimanapun, katanya, pihaknya belum menentukan stadium akan digunakan, tetapi tarikh tidak berubah.


    “Setakat ini itu saja maklumat dapat saya kongsi hasil pertemuan dengan Tuanku sebentar tadi dan sebarang perkembangan terkini berhubung perhimpunan itu akan diberitahu pada sidang media esok (hari ini),” katanya.


    Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataannya berkata, polis masih menunggu permohonan rasmi penganjur perhimpunan Bersih yang dikatakan mahu meneruskan perhimpunan dalam stadium.

    Katanya, sebarang keputusan berhubung permit dan perhimpunan itu akan diputuskan berdasarkan kepada ketenteraman awam dan keselamatan rakyat mengikut Seksyen 27, Akta Polis 1997.


    “Kami menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong mengenai pembatalan perarakan dan perhimpunan jalanan yang dirancang jawatankuasa Bersih,” katanya.



















    ‘Sepatutnya kamu jaga, bukan rosakkan’

    SHAH ALAM: “Sepatutnya kamu menjaga anak dan bukan merosakkannya,” kata Hakim Mahkamah Sesyen, Latifah Mohd Tahar ketika menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan terhadap pengawal keselamatan yang mengaku salah merogol anak keenamnya berusia 13 tahun di Kuala Kubu Baru, dekat sini, bulan lalu.

    Mahkamah juga memerintahkan hukuman itu berjalan mulai tarikh tangkap tertuduh iaitu pada 23 Jun lalu. Bapa kepada tujuh anak berusia 43 tahun yang memakai baju-T kuning dan seluar bermuda itu dilihat tidak henti-henti mengesat air matanya dengan tuala kecil sepanjang prosiding kes itu semalam. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di rumah mereka di Kuala Kubu Baru antara jam 1 dan 7.30 pagi, pada 9 Jun tahun lalu.


    Dia didakwa mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

    Terdahulu, tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan berada dalam keadaan tidak sedar kerana mabuk.


    “Isteri saya tidak bekerja dan menghidap asma. Saya pula menderita penyakit kencing manis dan darah tinggi,” katanya.


    Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian tertuduh masuk ke dalam bilik anaknya, sebelum bertindak merogol mangsa.

    Remaja itu yang ketakutan kemudian melarikan diri ke rumah mak ciknya yang terletak berhampiran kediaman keluarganya sebelum menceritakan perbuatan terkutuk bapanya.


    Mak cik gadis itu membawa mangsa ke balai polis berhampiran membuat laporan membawa kepada penahanan tertuduh.



















    Bulan madu dalam lokap

    KUALA LUMPUR: Hasrat sepasang suami isteri yang baru berkahwin untuk berbulan madu di New Zealand musnah selepas ditahan imigresen negara itu sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Christchurch, 30 Jun lalu.

    Pasangan Doong Sui Choong, 37, dan Yeak Ai Kui, 30, dikatakan gagal meyakinkan pihak berkuasa negara itu tujuan kedatangan mereka untuk melancong walaupun percutian itu sudah dirancang sejak beberapa bulan lalu.


    Malah, pasangan itu mendakwa turut menunjukkan pelbagai dokumen pengenalan dan pasport antarabangsa sebagai bukti perjalanan sah, namun pihak berkuasa berkenaan merampas dokumen terbabit dan menuduh mereka berniat bekerja secara haram di negara itu.

    Doong ditemui pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA semalam berkata, dia dan isteri dibawa ke balai polis dan ditahan dalam sel berasingan selama 20 jam.


    “Kami bingung diperlakukan sedemikian sedangkan tujuan asal kedatangan kami untuk melancong dan berbulan madu.


    “Saya tidak faham kenapa mereka menuduh kami datang untuk bekerja secara haram dan pada masa itu isteri sedang hamil lima bulan.

    “Malah, permintaan saya untuk menghubungi Kedutaan Malaysia juga tidak dibenarkan,” katanya.


    Menurutnya, mereka sudah melakukan pelbagai usaha bagi meyakinkan pihak berkuasa terbabit termasuk menunjukkan AS$3,000 (RM9,034.50), dolar New Zealand NZ$2,000 (RM4,985.90), RM600 selain akaun bank mereka mengandungi dolar NZ$17,000 (RM42,406.68) yang mencukupi bagi pembiayaan percutian itu.

    Katanya, hanya pada keesokan hari, baru mereka dibebaskan, namun tidak dibenarkan meneruskan percutian itu.


    “Berikutan kejadian itu, kami kerugian sekurang-kurangnya RM5,000 selepas menempah pakej melancong daripada sebuah agensi pelancongan.


    “Kami terpaksa membeli tiket kapal terbang yang baru dan pulang dari negara itu pada hari sama,” katanya.


    Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan MCA, Datuk Michael Chong berkata, pihaknya akan merujuk kes berkenaan dengan Kementerian Luar di Wisma Putra untuk mendapatkan pandangan dan tindakan lanjut.





















    3 ketetapan

    PUTRAJAYA: Usaha mentransformasi Malaysia sebagai negara inovasi dapat direalisasikan menerusi tiga ketetapan, termasuk menggabungkan pendekatan untuk membina sebuah ekosistem yang boleh mendukung hasrat ke arah negara inovasi menerusi pembangunan modal insan.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, menerusi pembangunan modal insan, pendekatan diambil dengan melihat bagaimana menyuntik pemikiran lebih inovatif dan kritikal dalam sistem pendidikan negara terutama dari segi kemahiran berfikir dan sebagainya.


    “Kedua, berkaitan dana yang boleh mendukung usaha inovasi yang boleh kita jalankan dalam negara seperti memperbanyakkan penyertaan ekuiti modal swasta.

    “Ketetapan ketiga pula ialah untuk kita gabungkan pendekatan menentukan apa hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang boleh kita komersialkan, umpamanya harta intelek milik universiti yang kini ada sekitar 1,000 penemuan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tadbir Urus Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang pertama di sini, semalam.


    Najib berkata, AIM akan menilai berapa banyak penemuan harta intelek oleh universiti tempatan dapat diterjemahkan dalam bentuk projek yang boleh dikomersialkan.


    Sementara itu, pada sidang akhbar yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Inovasi Khas di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Kamal Jit Singh berkata, mesyuarat Majlis Tadbir Urus AIM terbabit sudah membincangkan draf dasar pelaksanaan transformasi untuk menjadikan Malaysia negara inovasi.

    Katanya, draf itu juga selari dengan pelan transformasi kerajaan (GTP), dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).


    “Draf ini berada di landasan yang sepatutnya dan kita tahu haluannya betul. Sekarang kita mahu membawa pelan ini kepada masyarakat akar umbi untuk mendapatkan maklum balas sebelum dikemukakan kepada Kabinet untuk mendapat kelulusan.

    “Cara kami menggubal dasar ini agak berbeza, kita tidak mengguna pakar perunding luar atau syarikat perunding, tetapi kita menggubalnya berdasarkan pendapat pakar tempatan dalam bidang tertentu seperti pendidikan, pelbagai industri, kerajaan dan sebagainya,” katanya.
    Back to top Go down
    http://www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
    Fredy Yeong
    Admin
    Admin
    Fredy Yeong


    Male Age : 28
    Aries Posts : 204
    Points : 358
    Reputation : 78
    Location : Lahad Datu <---> Likas ,Sabah
    Tag ID : 08888

    Sudut informasi 6/7/2011  Empty
    PostSubject: Re: Sudut informasi 6/7/2011    Sudut informasi 6/7/2011  I_icon_minitimeJuly 9th 2011, 9:46 am

    nah...berbulan madu di lokap..
    Back to top Go down
    https://vipzclub.forumms.net
    cknara21
    Senior
    Senior
    cknara21


    Male Posts : 243
    Points : 338
    Reputation : 70
    Location : north borneo
    Tag ID : 09759

    Sudut informasi 6/7/2011  Empty
    PostSubject: Re: Sudut informasi 6/7/2011    Sudut informasi 6/7/2011  I_icon_minitimeJuly 15th 2011, 9:57 am

    no comment.............
    Back to top Go down
    DaveSFC
    Moderator
    Moderator
    DaveSFC


    Male Age : 33
    Libra Posts : 225
    Points : 335
    Reputation : 40
    Location : KK**TAWAU**
    Tag ID : 09590

    Sudut informasi 6/7/2011  Empty
    PostSubject: Re: Sudut informasi 6/7/2011    Sudut informasi 6/7/2011  I_icon_minitimeJuly 15th 2011, 11:17 am

    yg penting ada cover2 sikit boleh bah tu...
    Back to top Go down
    http://www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
    cknara21
    Senior
    Senior
    cknara21


    Male Posts : 243
    Points : 338
    Reputation : 70
    Location : north borneo
    Tag ID : 09759

    Sudut informasi 6/7/2011  Empty
    PostSubject: Re: Sudut informasi 6/7/2011    Sudut informasi 6/7/2011  I_icon_minitimeJuly 17th 2011, 4:52 pm

    how to cover ah............its open area ohhh..............
    Back to top Go down
    Sponsored content





    Sudut informasi 6/7/2011  Empty
    PostSubject: Re: Sudut informasi 6/7/2011    Sudut informasi 6/7/2011  I_icon_minitime

    Back to top Go down
     
    Sudut informasi 6/7/2011
    Back to top 
    Page 1 of 1
     Similar topics
    -
    » Sudut informasi 5/7/2011

    Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
     :: Sudut Informasi-
    Jump to: