Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeVipz GenerationGallerySearchLatest imagesRegisterLog in
Welcome To our youth Generation Society ..... The Vipz II Generation Community .... Jika anda berminat untuk Order baju,sila klik 'Order Vipz Generation T-shirt' Terima Kasih .... 1Malaysia 1Club 1Generation ....
Similar topics

     

     Sudut informasi 5/7/2011

    Go down 
    2 posters
    AuthorMessage
    DaveSFC
    Moderator
    Moderator
    DaveSFC


    Male Age : 33
    Libra Posts : 225
    Points : 335
    Reputation : 40
    Location : KK**TAWAU**
    Tag ID : 09590

    Sudut informasi 5/7/2011 Empty
    PostSubject: Sudut informasi 5/7/2011   Sudut informasi 5/7/2011 I_icon_minitimeJuly 5th 2011, 4:06 pm

    Bomoh naik angin
    Sudut informasi 5/7/2011 Pix_middle
    BUKTI...Leha menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

    TAIPING: Seorang suri rumah mendakwa dimalukan seorang bomoh lelaki yang mengeluarkan kata-kata kesat ke atasnya hanya kerana dia enggan menjalani rawatan di dalam bilik gelap bersama bomoh itu tanpa ditemani suaminya.

    Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Leha, 30-an, berkata, dia kerap pening dan pitam sebelum dibawa suami mendapatkan rawatan tradisional di Kulim, Kedah.


    Menurutnya, dia yang berjumpa bomoh berusia 60-an itu awal minggu lalu dan didakwa terkena sihir serta perlu menjalani rawatan pembedahan batin di dalam bilik khas bersamanya.

    Leha berkata, pada peringkat awal, bomoh itu memegang jari tangannya untuk mengesan punca penyakit misteri menyerangnya sejak beberapa bulan lalu.


    “Saya diminta bomoh itu supaya masuk ke dalam bilik khas disediakan itu untuk menjalani pembedahan batin, manakala suami diminta duduk menunggu di luar.


    “Saya terkejut dengan arahan itu menyebabkan saya enggan kerana tidak mahu menjalani rawatan di dalam bilik dengan lelaki bukan mahram. Malah, saya bimbang jika perkara tidak baik berlaku,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

    Menurutnya, dia memaklumkan kepada suaminya dia tidak mahu meneruskan rawatan dengan bomoh berkenaan.


    “Tindakan saya itu menyebabkan bomoh itu naik angin dan memaki-hamun dan mendakwa saya sengaja mempertikaikan kaedah perubatannya.



    “Berikutan tidak mahu sesuatu buruk berlaku, saya dan suami keluar dari rumah bomoh itu untuk pulang. Namun, bomoh berkenaan terus mengekori kami sambil mencerca tanpa henti,” katanya.


    Menurutnya, kejadian itu benar-benar membuat dia tertekan hingga mengambil keputusan membuat laporan di balai polis di Kulim, Kedah.


    Leha berkata, dia tidak mahu menjalani rawatan bersendirian di bilik lelaki berkenaan kerana bimbang berlaku kejadian pukau, sihir atau cabul seperti kerap dilaporkan media sebelum ini.

















    Hati-hati taktik wanita licik ambil kesempatan
    KUALA LUMPUR: Golongan lelaki tidak seharusnya terlalu mudah mempercayai kekasih mereka, sebaliknya perlu menyiasat peribadi dan latar belakang wanita terbabit terlebih dulu sebelum menjadikannya sebagai pasangan hidup, bagi mengelak timbul masalah di kemudian hari.

    Perunding motivasi, Profesor Madya Md Izuddin Ali berkata, lelaki pada zaman ini perlu berhati-hati dalam memilih pasangan hidup selain memberi keutamaan kepada akhlak serta agama pasangan mereka apabila memilih isteri.


    Beliau berkata, golongan lelaki juga tidak seharusnya memandang harta atau pangkat wanita itu bagi menjadikannya pasangan hidup kerana mereka mungkin tertipu oleh wanita licik yang suka mengambil kesempatan.

    “Selalunya orang menganggap wanita sebagai golongan yang sopan dan patuh, menyebabkan ada wanita licik yang mengambil kesempatan terhadap kepercayaan orang padanya untuk melakukan perbuatan menipu,” katanya ketika dihubungi semalam.


    Beliau merujuk laporan Harian Metro semalam mengenai perbuatan seorang wanita tempatan yang memperkenalkan diri sebagai Datuk Nazatul, 29, dengan mendakwa dirinya kerabat diraja, berkahwin sebanyak tujuh kali semata-mata untuk menipu wang setiap mangsanya.


    Terbaru, wanita itu berkahwin dengan seorang ahli perniagaan warga Palestin, Alaa A M Aldunna, 32, yang mendakwa dia kerugian hampir RM1 juta selepas berkahwin dengan wanita itu November lalu sebelum wanita itu menghilangkan diri bersama dua cek yang dicuri.

    Lebih mengejutkan, Alaa mendakwa dia mendapat tahu rupa-rupanya dia adalah suami yang ketujuh manakala enam lagi suaminya sebelum ini warga Malaysia dan mereka juga ditipu.


    Md Izuddin berkata, wanita berkenaan sebenarnya ‘bermain dengan api’ apabila terus-terusan menipu lelaki yang dikahwininya kerana kemungkinan satu hari nanti ia bertemu dengan lelaki yang tidak ragu-ragu menyerangnya sekiranya hilang sabar ditipu.

    Katanya, wanita berkenaan perlu sedar kesan daripada perbuatan yang dilakukannya bukan saja terhadap mangsa tetapi pada diri sendiri, bukan sekadar berfikiran singkat ia memperoleh wang yang banyak daripada perbuatannya itu.


    “Wanita itu perlu sedar balasan untuk perbuatannya bukan saja ada di dunia, malahan di akhirat kelak,” katanya.


















    Patah kaki
    SEREMBAN: Seorang wanita berusia 50 tahun patah kaki kiri akibat diterajang abang iparnya yang juga seorang anggota polis dalam satu kejadian di Ulu Beranang, di sini, Jumaat lalu.

    Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Rozinor Hussein berkata, dia sedang bekerja di sebuah resort di kawasan itu sebelum didatangi anggota polis itu yang tiba-tiba naik angin.


    “Lelaki itu memberitahu dia tidak berpuas hati dengan saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Rumah Rakyat Ulu Beranang, di sini, semalam.

    Ibu kepada enam orang anak itu mendakwa sebelum itu berlaku pertengkaran antara mereka disebabkan perangai lelaki terbabit yang suka ‘membawa mulut’ kepada penduduk kampung.


    “Namun, saya tidak sangka dia (anggota polis) sanggup bertindak menampar pipi dan menendang kaki saya hingga patah.


    “Saya turut diherdik dengan perkataan kasar. Pelbagai perkataan hina dilemparkan, malah saya dipanggil ‘si miskin’ dan banyak lagi,” katanya.

    Katanya, selepas memukulnya, anggota polis itu beredar dari tempat kejadian sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Broga dan mendapatkan rawatan di Hospital Kajang.


    Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisoner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu.


















    Syarat khas ambil amah
    KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengenakan syarat khusus untuk mengelakkan pembantu rumah warga Indonesia masuk secara haram, berikutan langkah membenarkan majikan menggaji pembantu rumah republik itu secara terus tanpa melalui khidmat ejen atau agensi selepas semua perbincangan selesai.

    Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata kerajaan sudah mempertimbangkan syarat untuk mengatasi masalah itu berikutan dakwaan kononnya langkah itu akan menggalakkan masalah pendatang tanpa izin daripada republik itu.


    “Sebelum langkah itu diambil, kerajaan sudah melihat beberapa kemungkinan termasuk kemasukan secara haram kerana tiada pembabitan ejen, tetapi dengan adanya syarat khusus itu perkara ini akan dapat ditangani.

    “Mungkin sesetengah berpendapat langkah itu tidak wajar, tetapi kerajaan mempunyai alasan tersendiri dan segala kemungkinan sudah diambil kira sebelum keputusan diambil,” katanya selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan ‘Return To Work’, di sini, semalam.


    Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Zainal Rahim Seman, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Abu Huraira Abu Yazid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.


    Subramaniam berkata, Malaysia dan Indonesia menyenaraikan prosedur yang perlu dipatuhi majikan supaya mereka memenuhi segala syarat ditetapkan kerajaan sebelum ia dilaksanakan.

    Dalam pada itu beliau berkata, sepanjang tahun lalu, jumlah keseluruhan kemalangan yang membabitkan pekerja sama ada di tempat kerja atau dalam perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja dilaporkan sebanyak 57,639.


















    Proton pasang CVT pada model enjin Campro
    PROTON Holdings Bhd (Proton) akan memperkenalkan teknologi transmisi pemboleh ubah berterusan (CVT) menggunakan enjin Campro untuk barisan kereta yang akan datang.

    Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, Proton melakukan ujian pembangunan dan penyepaduan menyeluruh CVT dan berpuas hati kerana ia mampu memberi pilihan kepada pembeli pada masa akan datang.


    “CVT akan digunakan dalam enjin Campro kami tidak lama lagi sebagai pilihan untuk barisan kereta dengan transmisi gear automatik empat kelajuan konvensional yang digunakan sekarang.

    “Ia bukan sahaja melancarkan lagi pemanduan, malah menyumbang ke arah kecekapan tenaga dan penjimatan kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur.


    Beliau berkata, berdasarkan tekanan harga petrol ke atas pengguna, pengenalan CVT akan menyumbang secara ketara, bukan sahaja untuk pemanduan yang lancar, malah mengurangkan penggunaan bahan api.


    Katanya, ujian Proton menunjukkan penggunaan CVT dalam kereta akan mengurangkan petrol sehingga empat peratus bagi pemanduan dalam bandar dan hampir 10 peratus untuk pemanduan di lebuh raya.

    “Penggunaan bahan api yang rendah juga menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar menerusi pengurangan pelepasan karbon dioskida,” katanya.


    Teknologi CVT semakin popular di kalangan pembuat kereta mewah di seluruh dunia memandangkan ia melancarkan pemanduan serta prestasi lebih cekap untuk kereta masing-masing.



















    Transformers kumpul RM1.1 bilion dalam seminggu
    LOS ANGELES: Filem aksi padat dengan kesan khas arahan terbaru Michael Bay, Transformers: Dark of the Moon, mencatatkan kutipan lebih RM1.1 bilion di seluruh dunia sejak mula ditayangkan minggu lalu.

    Penerbit filem itu, Paramount Pictures, berkata kutipan jualan tiket di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada dianggarkan bernilai hampir RM293 juta dalam tempoh tiga hari sejak Jumaat lalu.


    “Angka itu dijangka mencapai AS$116 juta (RM348.5 juta) bagi tempoh empat hari berakhir Isnin sempena Hari Kemerdekaan AS pada 4 Julai,” kata kenyataan itu.

    Menjelang akhir cuti umum itu, kata jurucakap syarikat terbabit, Transformers: Dark of the Moon dijangka boleh mengumpul sehingga RM543.3 juta di sekitar pawagam seluruh AS dan Kanada sejak ia mula ditayangkan kepada umum Rabu lalu. Transformers: Dark of the Moon adalah yang ketiga dalam siri Transformers. - Reuters



















    Tahanan derita tak dapat bahan pornografi
    MOUNT CLEMENS (Michigan): Seorang tahanan penjara di Michigan berkata, dia menjadi mangsa kekejaman dan hukuman luar biasa kerana dia tidak mendapat bahan pornografi.

    Dalam tuntutan kepada mahkamah, Kylie Richards yang berusia 21 tahun mendakwa haknya diingkari di Penjara Daerah Macomb. Richards berkata menafikan haknya untuk menikmati bahan erotik menyebabkan kehidupannya menjadi teruk dan mendorongnya menderita secara seksual. Jabatan Pemulihan Michigan memberitahu The Detroit News bahawa penjara membenarkan sesetengah bahan pornografi walaupun ia diharamkan. Persatuan Kebebasan Awam Amerika berkata, penjara mempunyai pelbagai pengecualian.


    Richards didakwa atas kesalahan merompak bank selepas polis mengekori kesan tapak kaki hingga ke apartmennya dari lokasi rompakan bank Januari lalu di Fraser, di utara Detroit.


















    Budak jatuh aras 10, selamat
    BEIJING: Seorang kanak-kanak perempuan China berusia dua tahun yang jatuh dari tingkap bangunan tingkat 10 terselamat apabila seorang pejalan kaki berjaya menyambutnya dari bawah.

    Wu Juping, 31, ibu kepada bayi berusia tujuh bulan melihat kanak-kanak itu bergayut di tingkap tingkat 10 bangunan apartmen dekat Hangzhou di wilayah timur Zhejiang, Sabtu lalu.


    Wanita yang cepat meramal kejadian buruk bakal berlaku itu kemudian menanggalkan kasut tumit tingginya dan berkejar ke arah kanak-kanak terbabit sambil menghulurkan tangannya.

    Juping dipuji sebagai heroin di stesen televisyen China yang menunjukkan dia dirawat di hospital selepas patah tangan ekoran kejadian itu. Kanak-kanak itu yang bernama Niu Niu mengalami pendarahan dalaman dan masih berada dalam keadaan kritikal.


    Dia ditinggalkan di rumah sendirian ketika kemalangan itu berlaku, lapor agensi berita kerajaan Xinhua. Demi menyelamatkan Niu Niu, Juping patah tangan kirinya ketika kanak-kanak terbabit menghempapnya sebelum tercampak di atas rumput, manakala wanita berkenaan pengsan akibat kejadian itu.


    Pengarah hospital bandar Fuyang, Jin Dengfeng yang menawarkan rawatan percuma kepada Juping selepas mendengar kisah wanita itu berkata, Juping menggadai nyawanya apabila cuba menyelamatkan kanak-kanak malang terbabit.

    “Dia mungkin mati atau lumpuh jika kanak-kanak itu menimpa kepalanya atau belakang tubuhnya,” kata Jin.


    Juping berkata ekoran kecederaan dialami, dia terpaksa berhenti menyusukan bayi lelakinya.

























    Back to top Go down
    http://www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
    cknara21
    Senior
    Senior
    cknara21


    Male Posts : 243
    Points : 338
    Reputation : 70
    Location : north borneo
    Tag ID : 09759

    Sudut informasi 5/7/2011 Empty
    PostSubject: Re: Sudut informasi 5/7/2011   Sudut informasi 5/7/2011 I_icon_minitimeJuly 15th 2011, 8:59 am

    only one i want to say.....the world now move so fast.....i didnt even know some of this article.........
    Back to top Go down
    DaveSFC
    Moderator
    Moderator
    DaveSFC


    Male Age : 33
    Libra Posts : 225
    Points : 335
    Reputation : 40
    Location : KK**TAWAU**
    Tag ID : 09590

    Sudut informasi 5/7/2011 Empty
    PostSubject: Re: Sudut informasi 5/7/2011   Sudut informasi 5/7/2011 I_icon_minitimeJuly 15th 2011, 5:23 pm

    so u must racing to chase ur time managementas u said in other post on this web...hahaha
    Back to top Go down
    http://www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
    cknara21
    Senior
    Senior
    cknara21


    Male Posts : 243
    Points : 338
    Reputation : 70
    Location : north borneo
    Tag ID : 09759

    Sudut informasi 5/7/2011 Empty
    PostSubject: Re: Sudut informasi 5/7/2011   Sudut informasi 5/7/2011 I_icon_minitimeJuly 17th 2011, 4:45 pm

    hahahaha...that what i do.............
    Back to top Go down
    Sponsored content





    Sudut informasi 5/7/2011 Empty
    PostSubject: Re: Sudut informasi 5/7/2011   Sudut informasi 5/7/2011 I_icon_minitime

    Back to top Go down
     
    Sudut informasi 5/7/2011
    Back to top 
    Page 1 of 1
     Similar topics
    -
    » Sudut informasi 6/7/2011

    Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
     :: Sudut Informasi-
    Jump to: