Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeVipz GenerationGallerySearchLatest imagesRegisterLog in
Welcome To our youth Generation Society ..... The Vipz II Generation Community .... Jika anda berminat untuk Order baju,sila klik 'Order Vipz Generation T-shirt' Terima Kasih .... 1Malaysia 1Club 1Generation ....
Similar topics

 

 Pelajar gaduh dengan kekasih teguk air sabun

Go down 
2 posters
AuthorMessage
DaveSFC
Moderator
Moderator
DaveSFC


Male Age : 33
Libra Posts : 225
Points : 335
Reputation : 40
Location : KK**TAWAU**
Tag ID : 09590

Pelajar gaduh dengan kekasih teguk air sabun Empty
PostSubject: Pelajar gaduh dengan kekasih teguk air sabun   Pelajar gaduh dengan kekasih teguk air sabun I_icon_minitimeJuly 16th 2011, 3:49 pm

KUALA LUMPUR: Hanya kerana bergaduh dengan teman wanitanya, seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun nyaris maut apabila meneguk hampir sebotol air sabun dalam kejadian di rumahnya di Desa Tasik Sungai Besi, di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa yang ditemui pengsan di tandas rumahnya dikejarkan ahli keluarganya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini, untuk rawatan.


Difahamkan, remaja terbabit kini dilaporkan stabil.

Menurut sumber, berdasarkan keterangan diberikan mangsa kepada doktor, dia mendakwa mahu membunuh diri kerana bergaduh dengan teman wanitanya.


“Sebelum kejadian, mangsa memberitahu mengalami salah faham dengan teman wanitanya sebelum bertengkar ketika menghubunginya kira-kira jam 8 pagi.


“Mangsa yang cuba memujuk teman wanitanya itu untuk bertemu bagi menyelesaikan pertelingkahan berkenaan gagal sebelum mengugut mahu membunuh diri. Namun, teman wanitanya tidak percaya dengan ugutan berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang hilang kawalan kemudian menelan hampir sebotol air sabun sebelum pengsan.


“Dia dihantar ke PPUKM oleh ahli keluarganya sebaik menemuinya terbaring di atas lantai tandas,” katanya.


Difahamkan, akibat perbuatannya itu, pihak hospital kini merujuk kes berkenaan kepada pakar psikiatri bagi menentukan tahap kesihatan sebenar pelajar terbabit.


Sehubungan itu, doktor terbabit membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

Pelajar gaduh dengan kekasih teguk air sabun LogoHM
Back to top Go down
http://www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
cknara21
Senior
Senior
cknara21


Male Posts : 243
Points : 338
Reputation : 70
Location : north borneo
Tag ID : 09759

Pelajar gaduh dengan kekasih teguk air sabun Empty
PostSubject: Re: Pelajar gaduh dengan kekasih teguk air sabun   Pelajar gaduh dengan kekasih teguk air sabun I_icon_minitimeJuly 17th 2011, 4:29 pm

that what the we call....i love u..mean i die for u.........
Back to top Go down
 
Pelajar gaduh dengan kekasih teguk air sabun
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» 8 pelajar IKBN Kemasik histeria

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Sudut Informasi-
Jump to: