Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeVipz GenerationGallerySearchLatest imagesRegisterLog in
Welcome To our youth Generation Society ..... The Vipz II Generation Community .... Jika anda berminat untuk Order baju,sila klik 'Order Vipz Generation T-shirt' Terima Kasih .... 1Malaysia 1Club 1Generation ....
Similar topics

     

     Buruh dijel 10 tahun, sebat

    Go down 
    2 posters
    AuthorMessage
    DaveSFC
    Moderator
    Moderator
    DaveSFC


    Male Age : 33
    Libra Posts : 225
    Points : 335
    Reputation : 40
    Location : KK**TAWAU**
    Tag ID : 09590

    Buruh dijel 10 tahun, sebat Empty
    PostSubject: Buruh dijel 10 tahun, sebat   Buruh dijel 10 tahun, sebat I_icon_minitimeJuly 15th 2011, 5:34 pm

    ELUK INTAN: Seorang buruh ladang dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan lapan kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen Teluk Intan, semalam, selepas didapati bersalah mencabul anak kandungnya berusia 11 tahun dua bulan September tahun lalu.

    Hakim, Adli Abd Ghalib, menjatuhkan hukuman berkenaan selepas tertuduh yang berusia 39 tahun, dari Batu 1, Kampung Muhibbah, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, yang tidak diwakili peguam gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah sepanjang prosiding berlangsung.


    Tertuduh kelihatan tenang ketika hakim membacakan keputusan kes berkenaan, namun isterinya yang turut berada di dalam kamar mahkamah menangis dan bergegas keluar.

    Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim, dalam hujahnya mahu mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh kerana tertuduh bukan saja melakukan perkara menjijikkan itu, malah sebagai bapa dia seharusnya menjadi pelindung kepada anak perempuannya itu.


    “Tertuduh diibaratkan sebagai ‘haruan makan anak’ atau ‘harapkan pagar, pagar makan padi’,” katanya.


    Tertuduh menghadapi tuduhan mencabul mangsa ketika berada di ruang tamu di rumahnya antara jam 11.30 pagi hingga 1 tengah hari, 12 September 2010.

    Kes dibicarakan di bawah Seksyen 377CA Kanun Keseksaan kerana sengaja memasukkan objek ke dalam kemaluan dengan niat mencabul.


    Tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

    Buruh dijel 10 tahun, sebat LogoHM
    Back to top Go down
    http://www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
    cknara21
    Senior
    Senior
    cknara21


    Male Posts : 243
    Points : 338
    Reputation : 70
    Location : north borneo
    Tag ID : 09759

    Buruh dijel 10 tahun, sebat Empty
    PostSubject: Re: Buruh dijel 10 tahun, sebat   Buruh dijel 10 tahun, sebat I_icon_minitimeJuly 17th 2011, 4:39 pm

    he got no sex life with his wife.that why he try to get "it" with his daughter........
    Back to top Go down
     
    Buruh dijel 10 tahun, sebat
    Back to top 
    Page 1 of 1
     Similar topics
    -
    » Lelaki dipenjara 16 tahun sebabkan kematian pengawal

    Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
     :: Sudut Informasi-
    Jump to: