Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeVipz GenerationGallerySearchLatest imagesRegisterLog in
Welcome To our youth Generation Society ..... The Vipz II Generation Community .... Jika anda berminat untuk Order baju,sila klik 'Order Vipz Generation T-shirt' Terima Kasih .... 1Malaysia 1Club 1Generation ....

 

 Sekolah hospital

Go down 
2 posters
AuthorMessage
DaveSFC
Moderator
Moderator
DaveSFC


Male Age : 33
Libra Posts : 225
Points : 335
Reputation : 40
Location : KK**TAWAU**
Tag ID : 09590

Sekolah hospital Empty
PostSubject: Sekolah hospital   Sekolah hospital I_icon_minitimeJuly 15th 2011, 5:34 pm

KUALA LUMPUR: Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang dan Hospital Serdang akan memulakan sesi pembelajaran untuk pelajar yang dirawat di hospital berkenaan mulai semalam.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang juga penaung SDH berkata seramai 16 guru yang dipilih berdasarkan beberapa kriteria akan memulakan sesi kelas di bilik darjah hospital berkenaan untuk pelajar menghadiri kelas.


Daripada jumlah itu, lapan guru akan mengajar di HKL, manakala di Hospital Serdang dan Ampang akan menyediakan khidmat empat guru, katanya kepada pemberita selepas merasmikan majis penutupan kursus guru SDH di Institut Pediatrik HKL di sini, semalam.

Beliau berkata, guru menjalani latihan sebulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan Institut Pediatrik HKL bagi menyediakan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran asas untuk menangani kelompok pelajar yang bermasalah kesihatan.


Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual merasmikan serentak ketiga-tiga SDH itu pada 26 Julai ini.


Noorainee berkata, SDH adalah program khas pembelajaran untuk pelajar yang dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan jangka panjang dan bertujuan mengatasi masalah keciciran pelajar yang ketinggalan sesi persekolahan apabila menerima rawatan untuk tempoh lama di hospital.

“SDH akan menggunakan sukatan pelajaran kebangsaan sama seperti di sekolah rendah dan menengah biasa, bagaimanapun guru yang berkhidmat di hospital turut dilengkapi pengetahuan dan kemahiran terapi kaunseling dan psikologi, komunikasi serta ICT,” katanya.


Noorainee berkata, sesi pembelajaran di SDH bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 4 petang dari Isnin hingga Jumaat.

“Ia akan memfokus kepada empat subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Sekiranya pelajar tidak datang ke kelas, guru pergi ke katil pesakit untuk mengajar,” katanya.


Norainee berkata, program SDH akan diperluaskan ke semua hospital di seluruh negara.


Sementara itu, suri rumah Siti Norbaya Abdullah, 49, menyifatkan penubuhan SDH sebagai langkah yang harus dipuji kerana memberi ruang kepada pesakit muda untuk meneruskan pembelajaran mereka walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidakmengizinkan.


“SDH bagus kerana anak yang sakit tidak tercicir dan ketinggalan dalam pelajaran akibat gangguan kesihatan,” katanya yang mempunyai seorang anak perempuan menghidap leukemia dan mendapat rawatan di HKL sejak Februari lalu.-Bernama

Sekolah hospital LogoHM
Back to top Go down
http://www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
cknara21
Senior
Senior
cknara21


Male Posts : 243
Points : 338
Reputation : 70
Location : north borneo
Tag ID : 09759

Sekolah hospital Empty
PostSubject: Re: Sekolah hospital   Sekolah hospital I_icon_minitimeJuly 17th 2011, 4:41 pm

that good...now teacher can gv their service to ill student........
Back to top Go down
 
Sekolah hospital
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Sudut Informasi-
Jump to: