KUALA TERENGGANU: Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) sedang ekerjasama dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT)untuk mengeluarkan makanan hidup anak ikan yang berumur lima hari ke bawah.
Timbalan Pengurus Besar PPNT, Zakaria Adullah, berkata makanan anak ikan itu yang dikenali sebagai "Copepod" sesuai untuk semua jenis ikan yang baru menetas terutamanya ikan siakap.
"Copepod merupakan sejenis bakteria hidup yang diambil dari laut dan dibiak dalam makmal," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Zakaria berkata dengan adanya makanan itu dijangka kadar hidup anak-anak ikan yang menetas meningkat sehingga 50 peratus berbanding 20 hingga 25 peratus tanpa Copepod.
Beliau berkata anak-anak ikan yang baru menetas dan berumur lima hari ke bawah bergantung kepada bahan makanan semula jadi.
"Bantuan makanan yang lain hanya sesuai untuk anak ikan berumur tujuh hari ke atas," katanya.
Zakaria berkata Copepod yang akan dilancarkan sempena Seminar Pemantapan Akualkultur Peladang Kebangsaan di Agro Resort Setiu 18 Julai ini, dijangka berada di pasaran tahun depan.
Harian metro<<<