Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeVipz GenerationGallerySearchLatest imagesRegisterLog in
Welcome To our youth Generation Society ..... The Vipz II Generation Community .... Jika anda berminat untuk Order baju,sila klik 'Order Vipz Generation T-shirt' Terima Kasih .... 1Malaysia 1Club 1Generation ....
Similar topics

     

     'Kami tak tahu bapa peluk Islam'

    Go down 
    3 posters
    AuthorMessage
    DaveSFC
    Moderator
    Moderator
    DaveSFC


    Male Age : 33
    Libra Posts : 225
    Points : 335
    Reputation : 40
    Location : KK**TAWAU**
    Tag ID : 09590

    'Kami tak tahu bapa peluk Islam' Empty
    PostSubject: 'Kami tak tahu bapa peluk Islam'   'Kami tak tahu bapa peluk Islam' I_icon_minitimeJuly 11th 2011, 4:32 pm

    PORT DICKSON: “Kami sekeluarga tidak pernah mengetahui bapa beragama Islam,” kata M Mathu (gambar), 30, anak kepada Said Bacha Ariffin, 56, yang dikatakan seorang beragama Islam tetapi mahu dikebumikan mengikut agama Hindu di Ladang Sawit Rantau, semalam.

    Difahamkan, belum sempat upacara pembakaran itu dilakukan, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan (JHEAINS) hadir menuntut jenazah Said Bacha bagi dikebumikan secara Islam.


    Harian Metro difahamkan, rundingan antara JHEAINS dan keluarga mangsa berlangsung selama 15 minit selepas pelbagai bukti dikemukakan menunjukkan arwah adalah seorang Islam.

    Dalam kejadian jam 9 pagi itu, jenazah Said Bacha yang dikenali sebagai Maniam dituntut keluarganya di Rumah Mayat Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk dikebumikan mengikut upacara keagamaan Hindu.


    Bagaimanapun, mereka terkejut apabila dihubungi pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), tidak lama kemudian memaklumkan status sebenar agama Said Bacha seperti yang terdapat dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


    Difahamkan, berikutan kekeliruan itu, timbul sedikit kekecohan disebabkan keluarga Said Bacha mendakwa tidak pernah diberitahu mana-mana pihak dia beragama Islam sehinggalah pagi semalam.

    M Mathu yang juga anak ketiga arwah berkata, sepanjang hidupnya, dia dan empat beradik yang lain tidak pernah mengetahui bapanya itu beragama Islam, disebabkan itu mereka sekeluarga membuat keputusan membakar mayat ayahnya seperti kaum Hindu yang lain.


    “Namun, saya terkejut apabila menerima kedatangan JHEAINS yang mahu menuntut jenazah bapa untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam sebagai Muslim sedangkan kami adik-beradik dan ibu tidak pernah mengetahuinya.


    “Saya akur dengan keputusan itu, malah hormat kalau betul bapa adalah seorang Muslim. Kami membantu JHEAINS untuk menyempurnakan jenazah bapa secara Islam,” katanya.


    Said Bacha meninggal dunia jam 3.10 petang kelmarin di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas beberapa organ dalaman tidak berfungsi dan kesukaran bernafas.


    Lebih mengelirukan, M Mathu berkata, kad pengenalan baru (Mykad) dia dan dua adik perempuan lain tertera nama bapanya sebagai Said Bacha tetapi dua Mykad kakak perempuannya tertera nama bapanya sebagai Maniam.


    “Kami sekeluarga pernah bertanyakan hal demikian, bapa berkata itu kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) silap mencetaknya.


    “Saya berharap pihak JPN lebih peka mengenai isu ini kerana tidak mahu kejadian seperti ini berulang lagi di masa akan datang,” katanya sebak.


    Jenazah Said Bacha selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang jam 4.30 petang.


    Harian Metro<<<
    Back to top Go down
    http://www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
    DaveSFC
    Moderator
    Moderator
    DaveSFC


    Male Age : 33
    Libra Posts : 225
    Points : 335
    Reputation : 40
    Location : KK**TAWAU**
    Tag ID : 09590

    'Kami tak tahu bapa peluk Islam' Empty
    PostSubject: Re: 'Kami tak tahu bapa peluk Islam'   'Kami tak tahu bapa peluk Islam' I_icon_minitimeJuly 11th 2011, 4:43 pm

    Lebih mengelirukan, M Mathu berkata, kad pengenalan baru (Mykad) dia dan dua adik perempuan lain tertera nama bapanya sebagai Said Bacha tetapi dua Mykad kakak perempuannya tertera nama bapanya sebagai Maniam.

    “Kami sekeluarga pernah bertanyakan hal demikian, bapa berkata itu kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) silap mencetaknya.


    bkn sbb JPN slah cetak..tp sbb bapanya peluk Islam da..jd tukar nma trus...pndai jg bapanya main ayat ni...
    Back to top Go down
    http://www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
    Fredy Yeong
    Admin
    Admin
    Fredy Yeong


    Male Age : 28
    Aries Posts : 204
    Points : 358
    Reputation : 78
    Location : Lahad Datu <---> Likas ,Sabah
    Tag ID : 08888

    'Kami tak tahu bapa peluk Islam' Empty
    PostSubject: Re: 'Kami tak tahu bapa peluk Islam'   'Kami tak tahu bapa peluk Islam' I_icon_minitimeJuly 11th 2011, 4:49 pm

    nAh subramaniam....ish3....mengelirukan lar plak bpa org nie....nanti susah kang anak cucu nak dpt ic...haish...pastu xbritaw anak nya lagi...lagi mengelirukan...
    Back to top Go down
    https://vipzclub.forumms.net
    DaveSFC
    Moderator
    Moderator
    DaveSFC


    Male Age : 33
    Libra Posts : 225
    Points : 335
    Reputation : 40
    Location : KK**TAWAU**
    Tag ID : 09590

    'Kami tak tahu bapa peluk Islam' Empty
    PostSubject: Re: 'Kami tak tahu bapa peluk Islam'   'Kami tak tahu bapa peluk Islam' I_icon_minitimeJuly 11th 2011, 5:01 pm

    arr fredy..lain kali jgn ko bt bgtu sma anakmu...nti dorg konfius....hahaha
    Back to top Go down
    http://www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
    cknara21
    Senior
    Senior
    cknara21


    Male Posts : 243
    Points : 338
    Reputation : 70
    Location : north borneo
    Tag ID : 09759

    'Kami tak tahu bapa peluk Islam' Empty
    PostSubject: Re: 'Kami tak tahu bapa peluk Islam'   'Kami tak tahu bapa peluk Islam' I_icon_minitimeJuly 15th 2011, 9:06 am

    i bet...the father doesnt want to let his child know because if they know,the father afraid that they leave him....
    Back to top Go down
    DaveSFC
    Moderator
    Moderator
    DaveSFC


    Male Age : 33
    Libra Posts : 225
    Points : 335
    Reputation : 40
    Location : KK**TAWAU**
    Tag ID : 09590

    'Kami tak tahu bapa peluk Islam' Empty
    PostSubject: Re: 'Kami tak tahu bapa peluk Islam'   'Kami tak tahu bapa peluk Islam' I_icon_minitimeJuly 15th 2011, 5:19 pm

    arr btul....aku sokong...
    Back to top Go down
    http://www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
    cknara21
    Senior
    Senior
    cknara21


    Male Posts : 243
    Points : 338
    Reputation : 70
    Location : north borneo
    Tag ID : 09759

    'Kami tak tahu bapa peluk Islam' Empty
    PostSubject: Re: 'Kami tak tahu bapa peluk Islam'   'Kami tak tahu bapa peluk Islam' I_icon_minitimeJuly 17th 2011, 4:48 pm

    but still....by not telling his family is not the right way.........
    Back to top Go down
    Sponsored content





    'Kami tak tahu bapa peluk Islam' Empty
    PostSubject: Re: 'Kami tak tahu bapa peluk Islam'   'Kami tak tahu bapa peluk Islam' I_icon_minitime

    Back to top Go down
     
    'Kami tak tahu bapa peluk Islam'
    Back to top 
    Page 1 of 1
     Similar topics
    -
    » Bapa cari anak hilang dibalas cota besi

    Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
     :: Sudut Informasi-
    Jump to: