Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeVipz GenerationGallerySearchLatest imagesRegisterLog in
Welcome To our youth Generation Society ..... The Vipz II Generation Community .... Jika anda berminat untuk Order baju,sila klik 'Order Vipz Generation T-shirt' Terima Kasih .... 1Malaysia 1Club 1Generation ....
Similar topics

     

     Tengkorak Remaja telah ditemui

    Go down 
    3 posters
    AuthorMessage
    Fredy Yeong
    Admin
    Admin
    Fredy Yeong


    Male Age : 28
    Aries Posts : 204
    Points : 358
    Reputation : 78
    Location : Lahad Datu <---> Likas ,Sabah
    Tag ID : 08888

    Tengkorak Remaja telah ditemui Empty
    PostSubject: Tengkorak Remaja telah ditemui   Tengkorak Remaja telah ditemui I_icon_minitimeJuly 8th 2011, 4:09 pm

    JOHOR BAHRU: “Alhamdulillah, biarpun sedih dengan nasib menimpa anak kesayangannya kami, saya tetap bersyukur kerana polis menemui semua cebisan mayat termasuk tengkorak, sekali gus mempercepatkan urusan pengebumian.

    “Saya berterima kasih kepada semua yang terbabit terutama pihak berkuasa yang bertungkus-lumus melakukan pencarian itu,” kata Qomarodin Bajuri, 43, bapa remaja yang dibunuh kejam sebelum dikerat dan dibakar di sini, semalam.


    Anaknya, Nurrahayu, 16, dipercayai dibunuh selepas ditinggalkan berseorangan berhampiran sebuah pondok pengawal keselamatan berdekatan rumah keluarganya di Pekan Seri Alam, dekat sini.

    Menurut Qomarodin, sejak kehilangan anaknya itu mereka sekeluarga sedih dan bimbang hingga diberitahu sebahagian jenazahnya ditemui di dua lokasi berbeza.


    Katanya, berita mengenai penemuan hampir semua cebisan jenazah termasuk kepala sedikit sebanyak mengubat kerinduan keluarga dan melegakan kerana dapat mengebumikannya dengan sempurna.


    “Saya menerima panggilan dari polis dan dibenarkan menuntut jenazah Ayu bermula semalam selepas hampir semua cebisan jenazah termasuk serpihan tulang dan tengkorak ditemui.

    “Kami akan membuat tuntutan di Hospital Sultan Ismail (HSI) hari ini sebelum melakukan solat jenazah di Surau Al-Ikhlas di Pulai Utama, di sini, selepas selesai solat Jumaat. “Walaupun belum melihat keadaan mayat Nurrahayu, saya dan keluarga bersedia dan reda kerana lebih penting kami mengebumikannya dengan sempurna dan berpusara.


    “Bagaimanapun, kami belum membuat keputusan di mana akan mengebumikannya sama ada di tanah perkuburan Gelang Patah atau di Kangkar Pulai esok (hari ini),” katanya.


    Tengkorak remaja perempuan berkenaan ditemui di ladang kelapa sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram di sini, petang kelmarin, iaitu lokasi sama sebahagian anggota tubuhnya ditemui sebelum ini.


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ruslan Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan penemuaan berkenaan dan keluarga Nurrahayu boleh menuntut mayatnya di HSI untuk dikebumikan. Akhbar ini melaporkan kehilangan pelajar tingkatan empat berkenaan pada 2 Julai lalu, selepas dihantar pulang oleh teman lelakinya pada 18 Jun lalu.


    Pada 3 Julai lalu, misteri kehilangan Ayu terjawab apabila polis menemui beberapa anggota badan yang dikerat dan dibakar di dua lokasi termasuk di sebuah tanah perkuburan Hindu di Masai dan di ladang kelapa sawit Sungai Tiram itu.


    Jarak Ayu ditinggalkan (pondok pengawal keselamatan) dengan lokasi penemuan mayatnya di tanah perkuburan Hindu di Masai serta ladang sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram dekat sini kira-kira 15 kilometer (km) manakala jarak Ayu ditinggalkan dengan lokasi rumah kongsi bapanya kurang 200 meter.


    Menurut Roslan, polis masih menyiasat kes pembunuhan Nurrahayu dan berharap mereka yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.


    Katanya, buat masa ini polis masih menyiasat seorang suspek yang juga pengawal keselamatan berhampiran rumah mangsa di sebuah tapak pembinaan di Pekan Seri Alam di sini, sejak Ahad lalu.


    Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabit bersalah.

    sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html
    Back to top Go down
    https://vipzclub.forumms.net
    DaveSFC
    Moderator
    Moderator
    DaveSFC


    Male Age : 33
    Libra Posts : 225
    Points : 335
    Reputation : 40
    Location : KK**TAWAU**
    Tag ID : 09590

    Tengkorak Remaja telah ditemui Empty
    PostSubject: Re: Tengkorak Remaja telah ditemui   Tengkorak Remaja telah ditemui I_icon_minitimeJuly 8th 2011, 4:33 pm

    Semoga akn bersemadi dgn tenang...
    Back to top Go down
    http://www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
    cknara21
    Senior
    Senior
    cknara21


    Male Posts : 243
    Points : 338
    Reputation : 70
    Location : north borneo
    Tag ID : 09759

    Tengkorak Remaja telah ditemui Empty
    PostSubject: Re: Tengkorak Remaja telah ditemui   Tengkorak Remaja telah ditemui I_icon_minitimeJuly 15th 2011, 10:01 am

    peace upon her..............
    Back to top Go down
    DaveSFC
    Moderator
    Moderator
    DaveSFC


    Male Age : 33
    Libra Posts : 225
    Points : 335
    Reputation : 40
    Location : KK**TAWAU**
    Tag ID : 09590

    Tengkorak Remaja telah ditemui Empty
    PostSubject: Re: Tengkorak Remaja telah ditemui   Tengkorak Remaja telah ditemui I_icon_minitimeJuly 15th 2011, 11:15 am

    REST IN PEACE
    Back to top Go down
    http://www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
    cknara21
    Senior
    Senior
    cknara21


    Male Posts : 243
    Points : 338
    Reputation : 70
    Location : north borneo
    Tag ID : 09759

    Tengkorak Remaja telah ditemui Empty
    PostSubject: Re: Tengkorak Remaja telah ditemui   Tengkorak Remaja telah ditemui I_icon_minitimeJuly 17th 2011, 4:53 pm

    but i bet...when we die...we cant rest yet....still hv court there...
    Back to top Go down
    Sponsored content





    Tengkorak Remaja telah ditemui Empty
    PostSubject: Re: Tengkorak Remaja telah ditemui   Tengkorak Remaja telah ditemui I_icon_minitime

    Back to top Go down
     
    Tengkorak Remaja telah ditemui
    Back to top 
    Page 1 of 1
     Similar topics
    -
    » Wanita potong zakar suami telah didakwa

    Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
     :: Sudut Informasi-
    Jump to: